Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Kota Damansara mula beroperasi pada pertengahan tahun 2000 dan diterajui oleh Tuan Haji Mohamad B. Haji Ibrahim selaku Guru Besar. Beliau dibantu oleh 2 orang Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum.

Sekolah ini bermula dengan enrolmen murid seramai 315 orang sahaja. Terdiri daripada murid tahun 1 hingga 5. Hanya 7 kelas sahaja dibuka. Tahun berikutnya (2001), berlaku pertambahan murid yang mendadak iaitu meningkat dari 315 orang ke 620 orang iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6. Ianya juga merupakan tahun pertama bagi sekolah ini mempunyai calon murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Pada 2002, dengan usaha dan kerjasama PIBG sekolah, sebuah makmal komputer diwujudkan dengan bilangan komputer sebanyak 20 buah. PIBG sekolah juga membina tempat meletak kenderaan berbumbung untuk guru, mini astaka, dan sebuah kolam ikan. Tahun 2003, satu lagi makmal komputer telah diwujudkan dibawah Kemneterian Pelajaran Malaysia. 20 komputer telah disumbangkan.

Sebuah tempat menunggu bas telah dibina pada tahun 2006 hasil kerjasama PIBG sekolah. Tempat duduk padang turut dibina bagi memastikan murid selesa semasa menjalani aktiviti kokurikulum.

No comments:

Post a Comment